Soft Marble Cake

Assalamualaikum n haiii again.  😁
Nampak tajuk tu dak??  Hehe.  Akk bukanlah bakers otai yg glamer lg femes. Cuma ada sikit minat dalam baking ni.  Sikit ja tau,  harap2 makin banyak la minat tu nanti.  Haha.
Sesekali mai angin nak baking tu,  mmg kena buat jugak.  Kalo x,  rasa mcm ada benda x lepas ja.. Dok terngiang2 kat telinga tu.. Haa,  cenggitu la keadaannya.

Maka, di petang yang hening dalam renyai2 hujan di Sg Petani, terhasillah Soft Marble Cake yang sedap yang telah di ubahsuai mengikut citarasa akk. Just my simple way.. 😍😍

Resepi Asal : Sumber dari ahli grup MAHN (fb) yg femes tu. Akk tak pasti sapa owner asal resepi ni. Kita doakan semoga pahala berpanjangan untuk beliau ni.. Insyaallah.. Aamin.
Di cuba oleh : Sis Zaini Talib

Bahan :
250g butter - akk x guna pure butter, guna butter "twin cow" sj, sbb morah.. hoho
1 cwn rata gula pasir(kisar) - akk guna gula kaster
4 bj telur gred A - akk guna telur yg ada kat rumah tu, rasanya gred B kot, sbb x besar sgt telur tu.
2 cwn tepung naik sendiri - akk guna tepung gandum tambah 1sdt baking powder
1/2 cwn susu cair - akk bancuh susu tepung anak yg dpt free tu jadikan 1/2 cwn.. hoho
1 penutup botol esen vanilla
2 sdb serbuk koko.
* Akk guna cwn metrik tu naa..

Cara2 :
1. Pukul butter, gula dan esen vanilla sampai putih. Lama jugak la. dekat 15 minit kot.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap kali masukkan telur, pukul sebati dulu agak2 seminit.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kaup balik sahaja sampai sebati.
4. Bahagikan adunan untuk kaler koko tu. Ikut suka nak byk mana. Akk bahagi x sampai separuh pun.
5. Akk bahagi jugak sikit untuk pewarna merah. Anak solehah suruh boh kaler merah.
6. Lapik loyang dengan baking paper. Letak adunan berselang seli bermula dari tengah.
7. Hentakkan manja jer loyang tu. Akk punya hentak ganaz kot, mcm byk koko kat dasar loyang tu. hehe

Hasilnya.. Taraaaa....

sebelum bakar

selepas bakar. 1/4 dah abih kena ngap

natural beauty of a cake.. hoho
anak solehah /pembantu cilik akk. Request nak bawak kek tu p sekolah
Ok, next time akk akan cuba resepi lain plak. Marble cake ni pun byk versi, ada yg boh ovalette, ada yg boh minyak. Takpa, nnt kalo akk dah try yg lain akk cuba update kat blog ni ya..

Semoga bermanfaat. Apa yg baik adalah daripada Allah, yg buruk adalah kelemahan diri akk sendiri.

Byee n happy reading..:)

0 comments:

Post a Comment