Assalamualaikum n haiii again.  😁
Nampak tajuk tu dak??  Hehe.  Akk bukanlah bakers otai yg glamer lg femes. Cuma ada sikit minat dalam baking ni.  Sikit ja tau,  harap2 makin banyak la minat tu nanti.  Haha.
Sesekali mai angin nak baking tu,  mmg kena buat jugak.  Kalo x,  rasa mcm ada benda x lepas ja.. Dok terngiang2 kat telinga tu.. Haa,  cenggitu la keadaannya.

Maka, di petang yang hening dalam renyai2 hujan di Sg Petani, terhasillah Soft Marble Cake yang sedap yang telah di ubahsuai mengikut citarasa akk. Just my simple way.. 😍😍

Resepi Asal : Sumber dari ahli grup MAHN (fb) yg femes tu. Akk tak pasti sapa owner asal resepi ni. Kita doakan semoga pahala berpanjangan untuk beliau ni.. Insyaallah.. Aamin.
Di cuba oleh : Sis Zaini Talib

Bahan :
250g butter - akk x guna pure butter, guna butter "twin cow" sj, sbb morah.. hoho
1 cwn rata gula pasir(kisar) - akk guna gula kaster
4 bj telur gred A - akk guna telur yg ada kat rumah tu, rasanya gred B kot, sbb x besar sgt telur tu.
2 cwn tepung naik sendiri - akk guna tepung gandum tambah 1sdt baking powder
1/2 cwn susu cair - akk bancuh susu tepung anak yg dpt free tu jadikan 1/2 cwn.. hoho
1 penutup botol esen vanilla
2 sdb serbuk koko.
* Akk guna cwn metrik tu naa..

Cara2 :
1. Pukul butter, gula dan esen vanilla sampai putih. Lama jugak la. dekat 15 minit kot.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap kali masukkan telur, pukul sebati dulu agak2 seminit.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Kaup balik sahaja sampai sebati.
4. Bahagikan adunan untuk kaler koko tu. Ikut suka nak byk mana. Akk bahagi x sampai separuh pun.
5. Akk bahagi jugak sikit untuk pewarna merah. Anak solehah suruh boh kaler merah.
6. Lapik loyang dengan baking paper. Letak adunan berselang seli bermula dari tengah.
7. Hentakkan manja jer loyang tu. Akk punya hentak ganaz kot, mcm byk koko kat dasar loyang tu. hehe

Hasilnya.. Taraaaa....

sebelum bakar

selepas bakar. 1/4 dah abih kena ngap

natural beauty of a cake.. hoho
anak solehah /pembantu cilik akk. Request nak bawak kek tu p sekolah
Ok, next time akk akan cuba resepi lain plak. Marble cake ni pun byk versi, ada yg boh ovalette, ada yg boh minyak. Takpa, nnt kalo akk dah try yg lain akk cuba update kat blog ni ya..

Semoga bermanfaat. Apa yg baik adalah daripada Allah, yg buruk adalah kelemahan diri akk sendiri.

Byee n happy reading..:)

Assalamualaikum n haiii semua.

Hari ni ,  turn akk kena buat CME untuk unit. Huuuiihhhh, ni salah satu penyebab stress kat kepala hotak akk ni. Akk paling tak suka kalo dok kena cakap2 kat depan org nih.. Adoiii, tp nak buat mcm mana, mmg semua akan kena sorang sekali, so redhoo jer la.
CME ni setiap hari Khamis, 10 minit jer pun. So sejak dari awal minggu tu dok pikir dah menda apa la yg aku nak crita kat diorg ni. Tarik nafas, bertenang sat. Dok pikir gak, mau x mau mmg nak kena harung gak ni.

Akk plan nak bg review pasal buku. Balik rumah , korek buku2 yg ada mcm x brapa best plak buku tu. Adoii, macam mana ni??
Alhamdulillah, hari rabu tu ada plak CME daripada Kaunselor HSAH. Tajuk pun menarik. "Apakah Gaya Saya Berfikir. Kelelakian /Kewanitaan". Dok terpikir dah, aku bg jer CME pasal ni kat geng unit. Hehe.. Alhamdulillah lg, CME dari puan kaunselor tu pulak, cuma 2 kerat je geng unit yang hadir. hoho.. Puan2 bos plak, masuk dah sekerat jalan, CME dah nak abis.. hehe. Ini sudah bagus.
Abis CME tu, amik borang lebih daripada puan kaunselor tu, copy agak2 cukup untuk geng unit jer.

Alhamdulillah, hari ni dah berjaya bg CME hasil catatan yg x seberapa semasa puan kaunselor bg talk. Akk bg depa jwb soalan kat borang tu. Semua serious betui dok jwb soalan tu. hahaha. ( somi kat rumah pun akk paksa jawab soalan kat borang tu.. haha.) Masa untuk depa ni jwb soalan lagi lama drpd penerangan yg akk bg berkenaan result daripada borang tu. hehe.. Asalkan dah lepas, cukupla.. hahah. (my bad side. jng ikut. hoho)
Ada jugak selit sikit review pasal buku "Mens from Mars Women from Venus". Buku ni bertepatan dengan apa yg diberitahu oleh puan kaunselor. Gaya berfikir lelaki dan perempuan ni tak sama. As  a women, kita tak leh harap pasangan kita akan bertindak mcm yg kita nak. No, lelaki tak sama cara berfikir dgn kita org pompuan ni wei... Lagi satu, dengan org lelaki ni, ampa kena ckp direct, jng dok guna bahasa bunga2. Depa ni jenis straight to the point ja.
Sebenarnya, buku ni lebih kepada manual untuk membentuk hubungan yg positif antara pasangan, cara menangani konflik berdasarkan cara berfikir yg berbeza.

Nak kena baca semula buku ni, cari yg versi melayu x jumpa. Nanti, pelan2 la akk hadamkan buku yg bahasa Inggeris nii. Insyaallah , moga dipermudahkan niat yang baik ni, untuk lebih memahami encik somi... :)
Insyaallah, kalo ada masa bila dah abih baca buku ni akk bg review lagi skit.
Sumber : Ihsan google

depa dok pulun jawab soalan. hahah

ni orang ada 2 otak oo. hebat dia ni..😁

dok pikir nak pilih hat mana. 😃
ada gaya mcm chekgu dak??😝

cara pengiraan

contoh soalan

Apa pun result daripada borang ni, x ada yang betul dan salah. Bersyukurlah dengan apa jenis pemikiran ampa, x kira maskulin ka, bertindih ka, feminin ka. Aturan Allah tu dah cantik dah. So, just be urself dan cubalah fahami orang di sekeliling kita. Manusia di ciptakan Allah untuk berkenal-kenalan dan merenung segala ciptaan Nya dan mengambil pengajaran daripada semua yang berlaku.

Semoga kemerapuan akk kali ni bermanfaat. Yg mana elok tu, amik la.. Yg x elok, jng ikut hokayy..
Byee n happy reading.. :P

Bismillah n haii again.. :P

So,  kali ni akk nak throwback pasai famili day sebelah MIL plak yang mana hari kejadian adalah pada 11-12  Ogos 2018. Family sebelah MIL ni  depa mmg aktif buat segala event mcm family day nih. Baguih tau benda2 mcm ni, boleh kenai2 dengan sedara mara yang jauh n jarang2 dapat jumpa.
Tapi, kali ni family day ni betul2 melibatkan adik beradik MIL yang 11 orang tu.. Haa, ramai kan adik beradik MIL ni. Tp,  masa event ni ada 3 family yg x dpt join.


Review pasai tempat : Desa Balqis Beach Resort, Linggi Melaka

Tempat ni mmg ohsem sgt. Even akk yg org kg pun, mmg teruja dengan rumah2 aka chalet2 kat resort ni. Akk asal usul org Kedah, so design rumah tu mmg x sama dah la. Akk suka rumah diorg ni, tangga batu cantik.. Kaler2 lg tangga batu tu.
Rumah plak dia guna nama2 mcm paklong,  pakngah,  nenek,  kakchik n so on.. Rumah yg kami dok nama kakchik. kakchik, kaklong, kakngah ni  rumah yg mana ada anak2 kecik, urusetia bg dok sini. hehe. Rumah MIL n geng mak mak sedara yg lain dok nama paklang.  Haa,  gitu nama2 rumah nih.
Belakang rumah kakchik,  boleh view selat Melaka.  Nampak la kapal2 yg dok belayar kat selat tu. Nnt uolls tgk la gambar tu camna..  X reti akk nk crita panjang2.
Yang x best skit, air kecik masa event kami ni. Mungkin sbb ramai pengguna ka x tau la. Sbb ada lg satu event family day yg agak ramai jugak, buat event waktu kami pi sana tu. Depa punya game, dari pagi sampai petang.. meriah sungguh aihh.
Beranda di rumah pak lang
geng pompuan dia tangga batu kaler2
pondok di belakang rumah kak chik
view daripada pondok. selat melaka
sempat  la budak2 ni main pasir waktu air surut
antara game yg dianjurkan urusetia. lupa dah nama game ni
nama game ni sonata musim salji kata urusetia
ni la rumah untuk yg ada anak kecik. nampak kan nama rumah ni.

ni family kami. 💖
Game untuk budak2. Yg syok, semua dpt hadiah. hehe
Last, but not least, tqvm untuk para penaja masa event ni. Semoga dimurahkan lg rezeki kalian, Insyaallh.. Aminn.. :)

Byeee n happy reading.
Assalamualaikum n haii..
Ok, kali ni akk nak update percutian ke Cameron. Actually, plan kami laki bini ni dah lama nak ke Cameron ni. Byk kali tertunda dan x menjadi. Huhu..
Akhirnya, Allah izinkan jugak famili kecik kami ni sampai ke Cameron.
Mesti ada yg ckp, ellehhh Cameron jer kot.. bukan obersea pun kan.. hahaha.. Apapun, Alhamdulillah itulah rezki kami.. So, kena sentiasa bersyukur apa adanya ok..
Kami ke Cameron di tengah2 weekday ok, so x der lah ramai mana sgt.. Homestay pun morah la skit kann..
Kaklong Auji, seronok sgt masa sampai sini. Akk tanya dia, "Sejuk dak kaklong??''.. "Sejuk ibu.. Syokla..". Jawapan tulus anak akk yg 5 tahun ni. Seorang ibu akan sentiasa cuba utk membahagiakan anak anaknya. Hargailah ibu ayah anda, bahagiakan mereka semampunya. (Selit sikit pesanan khidmat masyarakat)
Akk booking Idaman Hosmestay . Homestay ni terletak di Perumahan Makmur, Cameron Jaya, Tanah Rata. Apa yg menarik, kawasan homestay ni dekat dengan restoran, mini market, kedai dobi, kedai cenderamata pun ada.  Malam mmg sejuk, pijak lantai tiles tu, mcm kena renjatan letrik je... (ampa penah kena karan dak.. org utara sebut karan tu lektrik la..haha). Laki akk pun turun la kedai kat bawah tu, beli stokin. kami mmg x kluar rumah waktu mlm, melepak jer dlm umah, so kitorang tapau jer dari restoran kat blok sebelah tu.. haa, kan akk kata dekat dengan segala benda homestay ni kan.. Kebetulan kami baru habis family day di melaka, maka banyakla baju x berbasuh.. So, laki akk la kena mengangkut baju ke dobi layan diri kat bawah tu.. kiranya kawasan ni mcm complete la, semua ada kat sini.. haa, cenggitu la..
Lagi satu, owner homestay mmg sgt bertanggungjawab.  Utk owner Idaman Homestay, semoga dipermudahkan urusan anda asbab kejujuran dan rasa tanggungjawab anda. Kalo nak cari homestay ni, guna fb ampa ye. Search Idaman Homestay, Insyaallah jumpa la.. hehe.

Nahh, biarlah gambar yg berbicara.. :)

Kolam ikan di MARDI
Singgah amik gambar sj dekat Cameron Smurf Inn ni.. hehe

Hero kat belakang, heroin kat depan. Apa cer ?? haha. Taman Rama-Rama Cameron
Hari weekday, naikla ampa merry go round ni sampai mabuk. Ni kat Cameron Smurf Inn .hahaha. 4 orang RM10. layankan anak2

Di hadapan bangunan MARDI
Lavendar Garden, dengan opah
Sengih dapat pegang rabbit. Ni kat Taman Arnab, MARDI jugakk


Kelebihan p Cameron bukan pada hari cuti ni antaranya:
1. Homestay murah berbanding hari cuti
2. Harga barang pun murah skit berbanding hari cuti.
3. Manusia x la ramai sgt.
4. Nak beli barang boleh tawar menawar jugak la.
5. Naik merry go round kat Cameron Smurf Inn tu, family ampa ja.. pasai x dak org lain pun.. hahah

Kekurangan skit :
1. Ampa kena check betul2, ada jugak tempat yg tutup. Cth hari Selasa, kami masuk ke Kg. Taman Sedia tu, ada tempat yg tutup.
2. Rasanya tu jer kot. hehe. 

Antara tempat yg kami lawat :
1. MARDI
2. Ladang Teh Cameron Valley
3. Lavendar Garden
4. Taman Rama-Rama
5. Bee Farm


Ada beberapa tempat yg x sempat kami p. Tapi x pa, tu lah penyebab utk repeat lg ke sini, Insyaallah.
Cameron, mu tunggu kami datang naa. 😄

Assalamualaikum n haiii..:)

Langkah pertama terjebak dengan aktiviti outdoor selepas beberapa tahun. Ramai yg tak percaya akk join ekspdisi ni.. hehe.. Pasai pa tah.. hmmm. Sebenarnya, akk minat jenis outdoor yg mcm ni. Ampa jng x caya naa..
Ekspedisi apa tu?? Haa, ekspedisi ke Gua Gendang.
Ok, intro sikit pasal Gua Gendang. Gua Gendang ni adik beradik dengan Gua Itik, tp akk x mau crita pasal Gua Itik, sbb kami x melalui Gua Itik.
Gua Gendang terletak di Pengkalan Hulu, Perak dan berada di bawah kelolaan JPAM Pengkalan Hulu, Perak. Gua Gendang ni dah lama dah terkenal, cuma kami je yg baru masuk.. Hehe.
So, kalo ampa nak buat apa-apa aktiviti kat gua ni, ampa kena berhubung dengan JPAM la. Kena dapat kebenaran daripada diorang ni dulu la kiranya. Contact number JPAM ni boleh cari kat google naa, akk x dak sbb tok penghulu program yg deal dengan JPAM ni. Diorang la yg akan guide ampa kat dalam gua ni. Pic yg sempat akk akan update . Layan jer pic yg mana akk jumpa dulu naa.. :P
Ok, terus ke hari ekspedisi. 

01 Sptember 2018
Jam 7.00 pg - berkumpul di kawasan jejantas HSAH
7.10 - bergerak ke Baling
8.15 - Sampai di pekan Baling dan sarapan di sana
9.20 - Sampai di markas JPAM, ada taklimat sikit
9.30 - mula bergerak menuju ke Gua Gendang
10.00 - sampai ke mulut Gua Gendang. Lutut dah ketaq2 dah time ni. berpeluh akk.. 
11.00 - selamat keluar dari gua
11.15 - mula mendaki skit utk kembali ke kawasan parking kereta
11.50 - selamat sampai di kawasan parking

Sarapan di pekan baling
Lepas sarapan. Latar belakang Gunung Baling. Kwn2 akk pernah naik gunung ni, mencabar gak katanyerr
Ni mulut/pintu gua. Akk ketaq dah time ni. Nampak kan tangga tu mcm mn 😅
Kwn akk dah selamat turun. Akk kat atas lg. 😰
Antara laluan sebelum sampai ke pintu gua td.
Indah kan ciptaan Ilahi.. Subhanallah
Antara laluan di dalam gua
Ada laluan yg kami terpaksa merangkak n jalan itik. Lenguh dah lutut time ni dik non oii.. 😆
Part ni kat tengah2 gua. Cuba nak dengar bunyi gendang, tp x berjaya, sbb ramai bising. Huhu
Ni x brapa nak hujung sgt. Batu cantik kat belakang. Batu putih kat tgh bersinar bila kena flash kamera handphone.
Tok penghulu dok interview kat pintu keluar gua. Semua dah lega dah time ni
Sapa snap tah muka akk ni. Bersama adik guide dr JPAM yg comeii.
Semangat anak Malaysia yg merdeka. 💪💪
Keseluruhan team dari HSAH yg join ekspdisi ni
Mendaki sikit dari pintu keluar gua, untuk ke pangkal jalan. Hehe.
Antara laluan nak balik dah ni.
Alhamdulillah, selamat sampai. Tq Allah.
 Kesimpulan, aktiviti ni mmg best. Bagi yang dah pro dlm aktiviti mcm ni, mesti cakap,apa kelas Gua Gendang tu kan.. tp bg akk yg jarang2 join aktiviti mcm ni, lenguh lutut dik non oiii.. 😅😅😅
Tp, mcm kata2 sorang ex-officemate akk, selagi ada peluang, join jer la.. Memori tu yg akan tersimpan.. So, kalo ampa ada minat yg terpendam mcm akk ni, bila ada peluang, gunakanlah sebaiknya. Simpan dulu minat tu andai masa belum mengizinkan.

Last, but not least. Ingatlah Allah ciptakan bermacam-macam makhluk di dunia ni. Kena saling menghormati. Ibaratnyer mcmnilah, kau masuk rumah orang, kau kenalah hormat tuan rumah. Kau kenalah jaga adab kau sebagai tetamu. Haa, gitu. Ada paham.. Apa apa pun, ingatlah pada Dia yang Satu. Insyaallah kau akan selamat di mana jua kau berada.
Happy reading, hope ampa enjoy baca coretan akk yg x seberapa.