Family Day di Desa Balqis Beach Resort

Bismillah n haii again.. :P

So,  kali ni akk nak throwback pasai famili day sebelah MIL plak yang mana hari kejadian adalah pada 11-12  Ogos 2018. Family sebelah MIL ni  depa mmg aktif buat segala event mcm family day nih. Baguih tau benda2 mcm ni, boleh kenai2 dengan sedara mara yang jauh n jarang2 dapat jumpa.
Tapi, kali ni family day ni betul2 melibatkan adik beradik MIL yang 11 orang tu.. Haa, ramai kan adik beradik MIL ni. Tp,  masa event ni ada 3 family yg x dpt join.


Review pasai tempat : Desa Balqis Beach Resort, Linggi Melaka

Tempat ni mmg ohsem sgt. Even akk yg org kg pun, mmg teruja dengan rumah2 aka chalet2 kat resort ni. Akk asal usul org Kedah, so design rumah tu mmg x sama dah la. Akk suka rumah diorg ni, tangga batu cantik.. Kaler2 lg tangga batu tu.
Rumah plak dia guna nama2 mcm paklong,  pakngah,  nenek,  kakchik n so on.. Rumah yg kami dok nama kakchik. kakchik, kaklong, kakngah ni  rumah yg mana ada anak2 kecik, urusetia bg dok sini. hehe. Rumah MIL n geng mak mak sedara yg lain dok nama paklang.  Haa,  gitu nama2 rumah nih.
Belakang rumah kakchik,  boleh view selat Melaka.  Nampak la kapal2 yg dok belayar kat selat tu. Nnt uolls tgk la gambar tu camna..  X reti akk nk crita panjang2.
Yang x best skit, air kecik masa event kami ni. Mungkin sbb ramai pengguna ka x tau la. Sbb ada lg satu event family day yg agak ramai jugak, buat event waktu kami pi sana tu. Depa punya game, dari pagi sampai petang.. meriah sungguh aihh.
Beranda di rumah pak lang
geng pompuan dia tangga batu kaler2
pondok di belakang rumah kak chik
view daripada pondok. selat melaka
sempat  la budak2 ni main pasir waktu air surut
antara game yg dianjurkan urusetia. lupa dah nama game ni
nama game ni sonata musim salji kata urusetia
ni la rumah untuk yg ada anak kecik. nampak kan nama rumah ni.

ni family kami. 💖
Game untuk budak2. Yg syok, semua dpt hadiah. hehe
Last, but not least, tqvm untuk para penaja masa event ni. Semoga dimurahkan lg rezeki kalian, Insyaallh.. Aminn.. :)

Byeee n happy reading.

2 comments:

  1. Replies
    1. haa, mmg syok cik shima, sekali sekala tgk negeri org.. best ooo.. hehe

      Delete