Legaa..

Assalamualaikum n haiii semua.

Hari ni ,  turn akk kena buat CME untuk unit. Huuuiihhhh, ni salah satu penyebab stress kat kepala hotak akk ni. Akk paling tak suka kalo dok kena cakap2 kat depan org nih.. Adoiii, tp nak buat mcm mana, mmg semua akan kena sorang sekali, so redhoo jer la.
CME ni setiap hari Khamis, 10 minit jer pun. So sejak dari awal minggu tu dok pikir dah menda apa la yg aku nak crita kat diorg ni. Tarik nafas, bertenang sat. Dok pikir gak, mau x mau mmg nak kena harung gak ni.

Akk plan nak bg review pasal buku. Balik rumah , korek buku2 yg ada mcm x brapa best plak buku tu. Adoii, macam mana ni??
Alhamdulillah, hari rabu tu ada plak CME daripada Kaunselor HSAH. Tajuk pun menarik. "Apakah Gaya Saya Berfikir. Kelelakian /Kewanitaan". Dok terpikir dah, aku bg jer CME pasal ni kat geng unit. Hehe.. Alhamdulillah lg, CME dari puan kaunselor tu pulak, cuma 2 kerat je geng unit yang hadir. hoho.. Puan2 bos plak, masuk dah sekerat jalan, CME dah nak abis.. hehe. Ini sudah bagus.
Abis CME tu, amik borang lebih daripada puan kaunselor tu, copy agak2 cukup untuk geng unit jer.

Alhamdulillah, hari ni dah berjaya bg CME hasil catatan yg x seberapa semasa puan kaunselor bg talk. Akk bg depa jwb soalan kat borang tu. Semua serious betui dok jwb soalan tu. hahaha. ( somi kat rumah pun akk paksa jawab soalan kat borang tu.. haha.) Masa untuk depa ni jwb soalan lagi lama drpd penerangan yg akk bg berkenaan result daripada borang tu. hehe.. Asalkan dah lepas, cukupla.. hahah. (my bad side. jng ikut. hoho)
Ada jugak selit sikit review pasal buku "Mens from Mars Women from Venus". Buku ni bertepatan dengan apa yg diberitahu oleh puan kaunselor. Gaya berfikir lelaki dan perempuan ni tak sama. As  a women, kita tak leh harap pasangan kita akan bertindak mcm yg kita nak. No, lelaki tak sama cara berfikir dgn kita org pompuan ni wei... Lagi satu, dengan org lelaki ni, ampa kena ckp direct, jng dok guna bahasa bunga2. Depa ni jenis straight to the point ja.
Sebenarnya, buku ni lebih kepada manual untuk membentuk hubungan yg positif antara pasangan, cara menangani konflik berdasarkan cara berfikir yg berbeza.

Nak kena baca semula buku ni, cari yg versi melayu x jumpa. Nanti, pelan2 la akk hadamkan buku yg bahasa Inggeris nii. Insyaallah , moga dipermudahkan niat yang baik ni, untuk lebih memahami encik somi... :)
Insyaallah, kalo ada masa bila dah abih baca buku ni akk bg review lagi skit.
Sumber : Ihsan google

depa dok pulun jawab soalan. hahah

ni orang ada 2 otak oo. hebat dia ni..😁

dok pikir nak pilih hat mana. 😃
ada gaya mcm chekgu dak??😝

cara pengiraan

contoh soalan

Apa pun result daripada borang ni, x ada yang betul dan salah. Bersyukurlah dengan apa jenis pemikiran ampa, x kira maskulin ka, bertindih ka, feminin ka. Aturan Allah tu dah cantik dah. So, just be urself dan cubalah fahami orang di sekeliling kita. Manusia di ciptakan Allah untuk berkenal-kenalan dan merenung segala ciptaan Nya dan mengambil pengajaran daripada semua yang berlaku.

Semoga kemerapuan akk kali ni bermanfaat. Yg mana elok tu, amik la.. Yg x elok, jng ikut hokayy..
Byee n happy reading.. :P

0 comments:

Post a Comment