Percutian ke Tanah Tinggi Cameron

Assalamualaikum n haii..
Ok, kali ni akk nak update percutian ke Cameron. Actually, plan kami laki bini ni dah lama nak ke Cameron ni. Byk kali tertunda dan x menjadi. Huhu..
Akhirnya, Allah izinkan jugak famili kecik kami ni sampai ke Cameron.
Mesti ada yg ckp, ellehhh Cameron jer kot.. bukan obersea pun kan.. hahaha.. Apapun, Alhamdulillah itulah rezki kami.. So, kena sentiasa bersyukur apa adanya ok..
Kami ke Cameron di tengah2 weekday ok, so x der lah ramai mana sgt.. Homestay pun morah la skit kann..
Kaklong Auji, seronok sgt masa sampai sini. Akk tanya dia, "Sejuk dak kaklong??''.. "Sejuk ibu.. Syokla..". Jawapan tulus anak akk yg 5 tahun ni. Seorang ibu akan sentiasa cuba utk membahagiakan anak anaknya. Hargailah ibu ayah anda, bahagiakan mereka semampunya. (Selit sikit pesanan khidmat masyarakat)
Akk booking Idaman Hosmestay . Homestay ni terletak di Perumahan Makmur, Cameron Jaya, Tanah Rata. Apa yg menarik, kawasan homestay ni dekat dengan restoran, mini market, kedai dobi, kedai cenderamata pun ada.  Malam mmg sejuk, pijak lantai tiles tu, mcm kena renjatan letrik je... (ampa penah kena karan dak.. org utara sebut karan tu lektrik la..haha). Laki akk pun turun la kedai kat bawah tu, beli stokin. kami mmg x kluar rumah waktu mlm, melepak jer dlm umah, so kitorang tapau jer dari restoran kat blok sebelah tu.. haa, kan akk kata dekat dengan segala benda homestay ni kan.. Kebetulan kami baru habis family day di melaka, maka banyakla baju x berbasuh.. So, laki akk la kena mengangkut baju ke dobi layan diri kat bawah tu.. kiranya kawasan ni mcm complete la, semua ada kat sini.. haa, cenggitu la..
Lagi satu, owner homestay mmg sgt bertanggungjawab.  Utk owner Idaman Homestay, semoga dipermudahkan urusan anda asbab kejujuran dan rasa tanggungjawab anda. Kalo nak cari homestay ni, guna fb ampa ye. Search Idaman Homestay, Insyaallah jumpa la.. hehe.

Nahh, biarlah gambar yg berbicara.. :)

Kolam ikan di MARDI
Singgah amik gambar sj dekat Cameron Smurf Inn ni.. hehe

Hero kat belakang, heroin kat depan. Apa cer ?? haha. Taman Rama-Rama Cameron
Hari weekday, naikla ampa merry go round ni sampai mabuk. Ni kat Cameron Smurf Inn .hahaha. 4 orang RM10. layankan anak2

Di hadapan bangunan MARDI
Lavendar Garden, dengan opah
Sengih dapat pegang rabbit. Ni kat Taman Arnab, MARDI jugakk


Kelebihan p Cameron bukan pada hari cuti ni antaranya:
1. Homestay murah berbanding hari cuti
2. Harga barang pun murah skit berbanding hari cuti.
3. Manusia x la ramai sgt.
4. Nak beli barang boleh tawar menawar jugak la.
5. Naik merry go round kat Cameron Smurf Inn tu, family ampa ja.. pasai x dak org lain pun.. hahah

Kekurangan skit :
1. Ampa kena check betul2, ada jugak tempat yg tutup. Cth hari Selasa, kami masuk ke Kg. Taman Sedia tu, ada tempat yg tutup.
2. Rasanya tu jer kot. hehe. 

Antara tempat yg kami lawat :
1. MARDI
2. Ladang Teh Cameron Valley
3. Lavendar Garden
4. Taman Rama-Rama
5. Bee Farm


Ada beberapa tempat yg x sempat kami p. Tapi x pa, tu lah penyebab utk repeat lg ke sini, Insyaallah.
Cameron, mu tunggu kami datang naa. 😄

0 comments:

Post a Comment